10 Juta Masih Tak Cukup

PERUNTUKAN RM10 juta yang terkandung dalam Inisiatif Prihatin Sukan 2020 dianggap masih belum mampu menyemarakkan semula industri sukan negara yang terk3san akibat pand3mik Covid-19.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Mohd Sadek Mustaffa berkata, dana RM2 juta untuk bantuan pengurusan kepada persatuan sukan kebangsaan yang berdaftar di bawah Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) juga disifatkan ‘sesuatu yang meny3dihkan’.

“Inisiatif Prihatin Sukan 2020 sememangnya berita baik untuk persatuan sukan kebangsaan berdaftar dengan PJS yang terjejas kerana tidak dapat menjalankan sebarang aktiviti sejak hampir tiga bulan akib4t Covid-19.

“Cuma jumlah peruntukan RM2 juta kepada persatuan sukan kebangsaan untuk menghidupkan kembali aktiviti mungkin ya, tetapi untuk menyemarakkan semula industri sukan massa agak sukar dalam situasi normal baharu sekarang,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Menurutnya, dengan pelbagai usaha giat dilakukan kerajaan dalam memutu_skan rantaian Covid-19, tentunya prosedur operasi standard (SOP) untuk sebarang penganjuran sebarang aktiviti liga akan diperk3tatkan.

“Andai kata terdapat 48 persatuan sukan kebangsaan di negara ini dengan setiap satu persatuan dapat kira-kira RM41,000, bagaimana FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) mahu mengerakkan semula Liga Malaysia? Itu belum lagi pertandingan hoki, badminton, ragbi dan sebagainya.

“Jadi pelbagai usaha dilakukan secara tidak langsung menyebabkan kos penganjuran tidak hanya penganjur tetapi juga atlet atau pasukan bagi memastikan aspek keselamatan dan kesihatan pemain serta pegawai diberikan keutamaan utama,” katanya.

Katanya, sekurang-kurangnya sebanyak RM80 juta diperlukan untuk kembali menghidupkan industri sukan negara yang terjejas teruk angkara pand3mik Covid-19.

“Apabila setiap persatuan sukan kebangsaan mendapat sunt!kan kira-kira RM4 juta hingga RM5 juta, barulah mereka lebih bermotivasi untuk menyemarakkan semula industri sukan massa tanah air,” katanya.

Mohd Sadek berkata, dalam situasi sekarang keadaan menjadi bertambah par4h lagi apabila penaja utama dan kecil bagi liga serta pasukan mula mengambil kira faktor kewangan masing-masing akib4t ketiadaan promosi sejak hampir tiga bulan lalu.

“Ya memang penaja utama liga dan pasukan memberi komitmen menaja seperti dalam persetujuan bersama, namun harus diingat apabila sa!ngan liga tidak berlangsung sepanjang tiga bulan ini, apakah wajar mereka meneruskan tajaan yang tidak memberikan pulangan hasil kepada produk atau perkhidmatan mereka?

“Ini antara satu lagi perkara yang memberikan impak besar kepada persatuan sukan kebangsaan dalam usaha memayungi serta menjaga kebajikan ahli gabungan mereka,” katanya.

Sumber : https://www.sinarharian.com.my/article/88463 © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.