Aidil Sharin menegaskan

ALOR SETAR: Ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak meneg4skan akan terus komited bersama Lang Merah dan berjanji akan kembali membimbing pasukan itu selepas menyambut Aidilfitri.

Menurut pengendali itu, perasan rindu suasana latihan dan berjumpa semua pemain serta barisan kejurulatihan Kedah memberi kes4n kepada dirinya selepas lebih dua bulan sejak Per!ntah Kaw4lan Pergerakan (PKP).

“Selepas mengharungi lebih dua bulan tanpa bersua muka dengan pasukan, saya merancang pulang ke Kedah selepas menyambut Aidilfitri bersama keluarga di Singapura.

“Memang saya merindui pemain dan barisan kejurulatihan lain, malah saya harap mereka terus bersemangat menjalani rutin latihan seperti biasa buat sementara waktu ini,” katanya.

Di samping itu, Aidil juga menyambut baik berita mengenai kelulusan RM1.5 juta untuk membayar gaji tertungg4k pemain dan pengurusan pasukan.

“Saya bersyukur dengan berita positif berkaitan kelulusan peruntukan gaji itu dan sebagai ketua jurulatih saya berharap pemain kini lebih bersemangat dan terus fokus menjalani latihan seperti yang dirancangkan.

“Saya bersama barisan kejurulatihan Kedah serta semua pemain sentiasa komited dalam mengekalkan tahap keupayaan pasukan di peringkat yang terbaik walaupun dalam keadaan Liga M yang terhenti ini.

“Saya harap pengurusan baharu KFA yang bakal dilantik nanti akan terus memainkan peranan yang penting dalam memaju dan memartabatkan pasukan Kedah,” katanya.