AMANAH Sangat Terbuka Terima Penyertaan

KUALA LUMPUR: Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) mempelawa bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan anggota kepemimpinan say4p itu untuk menyertai parti berkenaan.

Ketua Pemuda AMANAH, Shazni Munir Mohd Ithnin, berkata pelawaan itu susulan pemec4tan Syed Saddiq daripada BERSATU pada 28 Mei lalu, selain sebahagian pemimpin ARMADA mungkin akan diket3pikan.

Katanya, AMANAH bukan parti yang asing bagi Ahli Parlimen Muar itu dan anggota ARMADA, terutama sejak menjalinkan kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)

“Sejak menghadapi PRU-14 sehingga hari ini, AMANAH terus bekerjasama dengan kumpulan BERSATU pr0 Tun Dr Mahathir Mohamad (bekas Perdana Menteri), termasuk Syed Saddiq.

“Pastinya AMANAH sangat terbuka menerima penyertaan tokoh dan aktivis anak muda ini ke dalam parti untuk bersama-sama memperju4ngkan Malaysia yang lebih baik.

“Pemuda AMANAH optimis penyertaan ini bakal meranc4kkan lagi ger4kan anak muda dalam arena politik tanah air,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Syed Saddiq memaklumkan akan menarik semula sam4n s!vil berhubung k3s pemec4tan keahliannya daripada BERSATU.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebooknya, beliau yang juga antara pengasas BERSATU reda dengan nasib yang menimp4nya dalam parti itu.

Syed Saddiq antara lima bekas pimpinan BERSATU yang memfailkan tuntutan membatalkan pemec4tannya dari parti itu.

Sumber : https://www.bharian.com.my/berita/politik/2020/07/708754/syed-saddiq-dipelawa-sertai-amanah