Antara Faktor Apek Kekal Bersama Pasukan

MELAKA: Bekas penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apek) kekal bersama Melaka United (MU) pada sa!ngan Liga Malaysia musim depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Melaka United Football Club (MUFC), Datuk Mohd Saiful Mat Sapri berkata, pengalaman luas Apek menjadi antara faktor dia terus dikekalkan bersama pasukan.

Menurutnya, Apek antara tunjang pasukan yang amat diperlukan untuk mencapai misi MU sebagai pasukan yang mampu berdaya s4ing.

Selain Apek, katanya, dua penjaga gol musim ini iaitu Norazlan Razali dan Ahmad Solihin Mamat turut dikekalkan.

“Kita harap ketiga-tiga penjaga gol ini terus bersa!ng hebat untuk mer3but posisi sebagai penjaga gawang utama pasukan,” katanya.

Saiful berkata, sekurang-kurangnya sembilan pemain musim lalu turut disambung kontrak untuk menjadi teras pembentukan pasukan kendalian ketua jurulatih, Zainal Abidin Hassan.

“Keserasian mereka mampu memberi impak kecemerlangan dan perubahan buat MU sepanjang musim 2021,” katanya.

Sumber-BH