Apakah Tindakan Luqman Hakim ini betul?

Misi memastikan Luqman Hakim Shamsudin beraksi dalam liga di luar negara merupakan hasrat bersama melibatkan semua pihak.

Tetapi seperti ada yang tidak kena apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mendakwa Luqman membelakangi badan induk bola negara itu.

Selain kelab Belgium, KV Kortrijk, pemain sensasi remaja itu khabarnya turut diintai kelab daripada Liga Perdana Inggeris (EPL).

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, memberi bayangan bahawa peny3rang kelahiran Kelantan itu dikelilingi individu berkepentingan semata-mata.

Bukan ingin menghalang hasrat pemain berbakat itu, beliau sebaliknya menegaskan organisasi berkenaan adalah tempat rujukan utama yang terbaik buat pemain berusia 18 tahun itu.

“Tiada orang yang boleh ada lebih besar hubungannya dengan pihak berkepentingan seperti Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Persekutuan Bolasepak Asia (AFC) berbanding FAM, jadi kalau ada-ada apa yang terjadi ke atas Luqman, persekutuan ini yang akan membantu.

“Saya mahu menasihati Luqman agar mendapatkan FAM sebagai pandangan kedua bagi memastikan mindanya tenang untuk beraksi di luar negara.

“Ini kerana dia masih muda jadi ramailah yang mahu rapat dengannya,” kata Hamidin ketika dihubungi wakil Nadi Arena, Norsyarafina Nasrom.

Begitupun, FAM sentiasa membuka pintu untuk pengg3mpur itu berbincang mengenai hala tujunya.

“Setakat ini setahu saya tiada (FAM dihubungi oleh Luqman).

“Saya ingin mengulangi nasihat bahawa FAM ada tempat untuk dirujuknya jika dia mahu mendapatkan segala maklumat.”

Namun, kebimbangan Hamidin itu dinafikan bekas Pegawai Eksekutif Program Pembangunan Bolasepak Kebangsaan (NFDP), Safirul Abu Bakar, apabila menegaskan FAM tiada kena mengena dengan perbincangan di antara kedua-dua belah pihak itu.

“(Kehadiran wakil) kelab yang terlibat perlu ada.

“Luqman mengikat kontrak bersama Selangor tetapi untuk memuktamadkan kontraknya, seseorang pemain itu akhirnya perlu memohon kepada pihak yang bertanggungjawab,” kata Safirul.

Sumber : Stadium Astro