[Video] Suara Merayu, Minta Tolong Bukan Suntingan

“VIDEO saya duduk di atas jengkaut dengan latar belakang tanah perkubvran itu dirakam tanpa sengaja dan saya tidak sangka ia akan tular hingga menjadi bualan warganet,” kata ibu tiga anak, Siti Natrah Ismail.

Siti Natrah, 30, memberi reaksi itu ketika diminta mengulas mengenai video yang dimuat naik di Facebook (Fb) miliknya, dua hari lalu.

Menerusi rakaman video berdurasi 14 saat itu, kedengaran suara misteri seperti merayu dan meraung meminta tolong ketika Siti Natrah berseorangan duduk di atas jengkaut di kawasan tanah perkubvran berkenaan sehingga mendapat perhatian warganet.

Bercerita lanjut, Siti Natrah berkata, video berkenaan dirakam kelmarin, sekitar 3.45 petang ketika berada di Tanah Perkubvran Islam Sireh, Pelabuhan Klang, Selangor.

“Saya ke tanah perkubvran kerana mahu menyerahkan barangan ayah yang juga penggali kubvr di situ.

“Sementara menunggu ayah tiba, saya duduk di atas sebuah jengkaut dan entah kenapa, saya tergerak untuk merakam video pada hari itu.

“Sedangkan, ayah melarang berbuat demikian kerana mahu kawasan tanah perkubvran dihormati,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Siti Natrah, pada waktu itu, angin bertiup kuat dan tidak mendengar dan menyedari adanya suara berkenaan sehingga memainkan semula video berkenaan beberapa kali selepas meninggalkan kawasan tanah perkubvran.

Katanya, video itu mulanya dimuat naik pada ruangan status di aplikasi WhatsApp.

“Bagi mendapat kepastian, saya hantar video itu daripada keluarga dan rakan terdekat.

“Ingatkan, hanya saya saja yang mendengar suara aneh itu. Rupanya, keluarga dan rakan juga terdengar suara yang sama.

“Tidak pasti dari mana datangnya suara itu tetapi ia seolah-olah suara meminta tolong dari dalam kubvr,” katanya yang bekerja sebagai pembantu tadika.

Menurut Siti Natrah, video dimuat naik itu adalah yang asal tidak disunting dengan niat untuk meraih tontonan

“Saya sendiri tidak tahu bagaimana untuk menggunakan menyunting video. Selama ini, saya hanya tahu menyunting gambar saja ,” katanya.

Siti Natrah berkata, terpulang kepada penilaian warganet untuk percaya dengan apa didengari mereka atau sebaliknya.

Cuma, dia berharap mereka yang menonton dapat mengambil iktibar daripada perkongsiannya itu.

“Saya tidak pernah merakam video di kawasan tanah perkubvran sebelum ini kerana ayah melarang berbuat demikian kerana mahu tempat itu dihormati.

“Video itu benar-benar membuatkan saya tersentak dan memang memberi peringatan kepada diri sendiri saya untuk sentiasa ingat akan kematian,” katanya.

Sumber : https://www.hmetro.com.my/utama/2020/08/613307/suara-misteri-di-tanah-perkuburan-dalam-video-bukan-suntingan-metrotv