Bakal Kembali

Sabah turut rancak dalam pengambilan pemain dan jurulatih baru bagi cabaran Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Dua anak jati, Rozaimi Abdul Rahman dan Bobby Gonzales, tampak hampir pasti pulang ke pangkuan Skuad Tambadau.

Ia hasil daripada perjumpaan kedua-dua penyerang itu bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah, Datuk Verdon Bahanda, di Kota Kinabalu semalam.

Kelibat Rozaimi dan Bobby amat dinanti-nantikan oleh penyokong setia pasukan itu selepas masing-masing mencipta nama dalam kancah Liga-M.

“(Hasil) perjumpaan itu agak memberangsangkan, kedua-dua pihak saling berminat.

“Cuma saya tidak akan buat keputusan secara berseorangan memandangkan saya mempunyai pasukan, jurulatih dan pengurusan.

“Penurunan kuasa itu sebenarnya sudah diserahkan kepada pengurusan dan jurulatih agar untuk merencana pemilihan pemain,” katanya ketika diwawancara maya Astro Arena hari ini.

Begitupun, wakil Borneo itu tidak akan sewenang-wenangnya berbelanja demi memantapkan pemain sambil pengorbanan semua pihak.

https://www.facebook.com/FAPenangOfficial/posts/5415272455165515

“Saya harap pemain-pemain bintang ini (sudi) memberikan situasi menang-menang.

“Apapun, saya tidak boleh ulas lanjut mengenai pemberian gaji sebab kami belum ada kata sepakat lagi dalam isu ini.

“Seboleh-bolehnya kami tuntut pemain-pemain dari sini yang bermain untuk pasukan lain boleh berkhidmat dan menabur bakti kepada Sabah.”

Sumber : https://www.stadiumastro.com/sukan/liga-super-malaysia/artikel/rozaimi-bobby-berunding-kembali-ke-sabah/180479