Bekas Bintang JDT Muncul WIRA!!

Pemain kacukan Malaysia-Sweden, Junior Eldstal muncul sebagai wira apabila menyelamatkan pasukannya, Chonburi FC daripada mengalami kekalahan pada perlawanan terakhir Thai League 1 semalam.

Jaringannya pada masa keced3raan (90+4′) memastikan Chonburi membawa pulang 1 mata selepas mengikat Rayong FC, 1-1 sekaligus menamatkan saingan liga musim ini di tangga ke 12 dengan 32 mata.

Junior juga merupakan pemain dari Malaysia yang kedua menjaringkan gol dalam Liga Thailand selepas Shahrel Fikri melakukannya pada tahun 2018 ketika bersama Nakhon Ratchasima.

Saingan Thai League 1 musim 2020/2021 telah menutup tirainya semalam dengan BG Pathum United dinobatkan sebagai juara. Secara keseluruhan, Junior telah membuat 12 penampilan pada sejak menyertai Chonburi pada bulan Februari.

https://www.facebook.com/a5d956e8-62e0-4679-8f14-156ab972537a

Beliau juga kerap berada dalam kesebelasan utama dan perkembangan itu turut menarik perhatian pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe untuk menyenaraikan namanya ke kem latihan pusat pada bulan Mei nanti.

“Kita tahu beberapa pemain kita di luar negara seperti Junior Eldstal dan Liridon, kita sedang memantau dari segi prestasi mereka dan juga tahap kecergasan mereka,” kata Tan Cheng Hoe selepas skuad Harimau Malaya menamatkan kem sesi latihan semalam.