Belum Cukup 100%!!

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang bakal memulakan aksi Liga Super menentang juara liga Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 5 Mac ini, mahu memastikan baki tiga perlawanan persahabatan minggu ini dimanfaatkan sepenuhnya bagi meningkatkan keserasian dan persefahaman pemain.

Pengendali pasukan, Aidil Sharin Sahak berkata pemerhatiannya dalam dua aksi persahabatan sebelum ini, mendapati tahap keserasian anak buahnya masih belum 100 peratus.

“Kita baru mulakan latihan selepas lama berehat akib4t pelaksanaan Perint4h Kaw4lan Perg3rakan (PKP). Ada perkembangan positif namun masih perlu dibaiki.

“Gabungan pemain lama dan baharu juga baik tapi boleh perbaiki dalam perlawanan persahabatan lepas ini sebelum berjumpa dengan JDT nanti,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, pemain sayap Mohd Syazwan Zainon berkata bukan mudah untuk mencari keserasian dan mendapatkan semula rentak kerana baru menjalani latihan bersama-sama selepas dibenarkan berlatih pada 15 Februari lalu.

“Masih ada masa untuk kami baiki keadaan dan kita akan cuba sedaya upaya untuk mencari keserasian dari segi permainan dan taktikal dan akan gandakan usaha untuk perlawanan-perlawanan seterusnya,” katanya.

KDA FC akan menentang pasukan Selangor FC, Skuad Projek Majlis Sukan Negara (MSN) dan Sarawak United dalam perlawanan persahabatan pada 24, 26 dan 27 Februari ini.

Sumber : BH