Benjamin Mora Tak Percaya

Benjamin Mora meluahkan rasa terkilannya apabila JDT hanya menjaringkan satu gol ketika menang tipis 1-0 ke atas Kuching FA di Larkin, dalam saingan Piala Malaysia.

Walaupun satu gol itu cukup untuk JDT mara ke suku akhir, jurulatih JDT jelas kurang berpuas hati dengan keputusan tersebut.

“Saya tidak percaya berapa banyak peluang yang kami ada untuk jaringkan gol,” katanya lepas perlawanan.

“Permainan bola sepak adalah menjaringkan gol. Jika tidak jaringkan gol sudah tentu tidak akan menang. Kami sudah banyak menjaringkan gol sebelum ini, tapi kali ini serba tidak menjadi.”

Mora bagaimanapun tidak menyalahkan pemainnya dan menganggap mereka sudah beraksi dengan baik.

“Itulah bola sepak, ada ketika kegagalan menjaringkan gol akan menghantui kami. Apa yang penting, pemain telah berikan yang terbaik dengan melakukan serangan menerusi gerakan sayap kiri dan kanan dan serangan dari tengah.

“Kami menguasai perlawanan dan beri tekanan kepada pasukan lawan, tapi tidak bernasib baik selepas gagal menterjemah setiap gerakan dengan jaringan dan setiap kali kami terlepas peluang, pasukan lawan akan bertambah kuat dengan corak permainan serangan balas.”

Pada masa sama, Mora berpandangan Arif Aiman yang menjaringkan gol kemenangan buat JDT mempunyai masa depan yang cerah, walaupun memerlukan masa lagi untuk berkembang.

“Arif masih lagi muda dan memliki bakat malah dari segi persembahan ada ketika dia bermain baik dan ada juga kurang memuaskan.

“Itu lumrah sebagai pemain muda dan tugas saya untuk memberi keyakinan kepadanya apabila diturunkan dalam kesebelasan utama.”

Sumber : https://football-tribe.com/malaysia/2020/11/07/piala-malaysia-mora-terkilan-jdt-hanya-jaringkan-satu-gol/