Dilaporkan Kembali Bersama Pasukan

Irfan Zakaria mengakui beliau terpaksa meninggalkan Kedah.

Keputusan pemain pertahanan berusia 25 tahun itu sedikit sebanyak mengejutkan kerana meninggalkan pasukan yang akan bersaing di peringkat Piala AFC musim depan.

“Bukan mudah untuk buat keputusan daripada pasukan Kedah,” katanya kepada Astro Arena.

“Ia amat berat tetapi atas alasan peribadi, saya terpaksa meninggalkan Kedah. Kita tahu kedudukan pasukan Kedah sementara Kuala Lumpur pula orang tidak pandang tinggi.

“Ini salah satu cabaran dalam karier saya untuk kembalikan apa yang perlu dibuat.”

Beliau kini dilaporkan akan kembali bersama pasukan lamanya, Kuala Lumpur, selepas hanya setahun bersama Kedah.

“Memang Kuala Lumpur ada buat tawaran, sekarang dalam perbincangan terakhir.

“Insya-Allah saya akan umumkannya secara rasmi.

“Saya harap dapat mewakili pasukan kebangsaan dan membantu Kuala Lumpur kekal dalam Liga Super.”

Sumber : https://football-tribe.com/malaysia/2020/12/17/irfan-zakaria-akui-terpaksa-tinggalkan-kedah/