Berita Baik Penduduk Simpang Renggam

Per!ntah Kaw4lan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Datuk Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Datuk Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Johor akan ditamatkan esok.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun PKPD Sungai Lui yang membabitkan pusat tahfiz disambung seminggu lagi sehingga 5 Mei ini.

Katanya, sebarang sek4tan dan pelaksanaan kawalan di Simpang Renggam akan ditamatkan dan penduduk perlu mematuhi PKP seperti biasa.

“Segala sek4tan akan ditarik balik di PKPD Simpang Renggam ini,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Simpang Renggam adalah lokasi pertama di negara ini dikenakan PKPD berkuat kuasa 27 Mac lalu selepas 61 penduduknya dikesan positif Covid-19.