Berita kurang baik skuad Harimau Malaya

SINGAPURA: ‘Kereta kebal’ skuad negara, Aidil Zafuan Abd Radzak dan Shahrul Saad disahkan mengalami keced3raan hamstring sekali gus kemungkinan terlepas 4ksi terakhir Kumpulan B Piala Suzuki AFF 2020 menent4ng Indonesia, di sini, Ahad ini.

Jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe berkata bagaimanapun beliau masih memiliki beberapa pemain yang mampu mengisi kekosongan di bent3ng pasukan itu seandainya kedua-duanya tidak sempat pulih sebelum pert3mbungan hidup mati itu.

Katanya lagi, tahap keced3raan mereka akan dipantau pegawai perubatan pasukan dan beliau berharap kedua-duanya sempat pulih.

“Doktor dan fisioterapis pasukan akan terus memantau tahap keced3raan kedua-dua pemain ini dari semasa ke semasa sebelum kita membuat penilaian sama ada mereka sempat atau tidak untuk pulih menjelang perlaw4nan menent4ng Indonesia nanti,” katanya.

Dua pemain yang dilihat mampu memikul tanggungjawab itu adalah Dominic Tan dan seorang lagi pemain kacukan, Dion Cools yang bakal tiba di sini pada Khamis ini.

“Bagi posisi pertahanan tengah ini, kita masih memiliki Dominic Tan yang bebas daripada seb4rang keced3raan manakala Junior Eldstal masih dalam proses pemulihan keced3raan otot di bahagian abdomen.

“Namun, kita bakal memiliki Dion Cools yang dijangka tiba di Singapura untuk mengisi posisi pertahanan tengah ini andai Aidil dan Shahrul tidak sempat pulih menjelang perlaw4nan Ahad nanti,” kata bekas pemain kebangsaan itu.

Untuk rekod, skuad negara hadir ke Singapura dengan misi melangkah ke final sekali gus mengulangi pencapaian edisi lalu apabila muncul naib juara di bel4kang Vietnam selepas tew4s 2-3 secara agregat.

Selepas mengharungi tiga 4ksi peringkat Kumpulan B, Malaysia kini menghuni tangga ketiga dengan enam mata selepas merakam dua kemenangan ke atas Kemboja dan Laos, sebelum tew4s kepada Vietnam.

Sumber : BH