BG Phantum United Menafikan

Kelab Thai League 1, BG Pathum United menafikan dakw@an yang mengatakan mereka mahu mendapatkan khidmat penyrang import Johor Darul Ta’zim (JDT), Diogo Luis Santo.

Baru-baru ini, lamam media tempatan melaporkan BG Pathum bersedia untuk membawa masuk Diogo dan kelab itu dikhabarkan sanggup membayar gaji bulanan Diogo sebanyak THB4 juta sebulan atau RM548,000.

BG Pathum kemudiannya menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan mereka tidak pernah menghubungu Diogo ataupun JDT sendiri mengenai perpindahan pemain itu.

Dalam perihal Diogo, secara jujurnya tiada perbincangan yang dilakukan antara dua kelab bagi mendapatkan khidmat beliau.

Pengerusi kelab, Pavin Bhirombhakdi tidak pernah mengadakan perbincangan dengan mana-mana pihak. Jadi, berita yang beredar adalah tidak benar.

“Pavin menganggap khabar angin ini sengaja dicipta oleh sesetengah ejen bagi mendapatkan perjanjian bersama pasukan seperti BG Pathum,” kata pengarah BG Pathum, Surachai Chaturaphatphong

Ketika saingan Thai League 1 dihentikan seketika, BG Pathum berjaya mendapatkan khidmat pemain tengah berpengalaman Thailand, Sarach Yooyen dan bekas pertahanan Buriram United, Andrez Tunez.

Musim ini, juara Thai League 2 musim 2019 itu turut diperkuatkan oleh peny3rang Malaysia, Norshahrul Idlan Talaha.