Boleh Pulak Dia Peluk Pengadil

LONDON: Sergio Aguero tidak akan dihukum kerana ‘memeluk’ Sian Massey-Ellis ketika Manchester City meraih kemenangan ke atas Arsenal, Sabtu lalu.

Penyerang Argentina itu mempertikai mengenai keputusan lontaran ke dalam yang diberikan kepada The Gunners ketika dia meletakkan tangannya di bahu pegawai perlawanan itu.

Namun, selepas meneliti insiden itu, badan pengadil, Professional Game Match Officials (PGMOL) tidak menganggap tindakan itu agresif atau mengancam, menurut Guardian.

Sentuhan itu tidak lama, tetapi pada tahun 2016 satu set peraturan baharu diperkenal untuk melindungi pegawai perlawanan.

Sebarang hubungan fizikal terhadap pengadil atau pembantu sama ada boleh dihukum atau tidak bergantung kepada tahap insiden.

– AGENSI

Sumber : https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2020/10/743792/aguero-terlepas-hukuman-peluk-pembantu-pengadil