Bukan Selangor Tak Hebat, Hakikatnya Penang Makin Kuat

Walaupun Selangor barjaya mengikat JDT seri 1-1 pada perlawanan sebelum ini, Selangor pula berputih mata apabila tewas pada pasukan baru liga Super Penang FA. Secara keseluruhan Penang FC berjaya mengekang segala asakan pasukan Selangor FC. Penang tampak makin hebat dan kuat.

Pengendali Selangor FC, Karsten Neitzel tidak melihat masalah kecergasan menjadi faktor mereka tumbang 2-0 di tangan Penang FC, malam tadi selepas beraksi cemerlang mengikat Johor Darul Ta’zim (JDT), Rabu lalu.

“Semua pasukan berdepan situasi jadual yang padat dan memang ada pemain yang penat tetapi ini isu kecergasan bukanlah masalahnya. Pemain perlu bermain lebih bijak dan berfikir lebih pantas setiap kali memenangi bola.

“Mereka hanya ada satu atau dua saat untuk teruskan permainan tetapi kita sentiasa mengambil langkah yang salah. Ini bukanlah persembahan terbaik kita,” katanya.

Anak buah Neitzel gagal mengekalkan rentak cemerlang mengikat juara tujuh kali berturut-turut JDT apabila Al-Hafiz Harun dan Danial Ashraf Abdullah meledak gol untuk membantu Penang mengaibkan tuan rumah.

Sementara itu, ‘Jurgen Klopp Liga Super’, Tomas Trucha menyifatkan kemenangan Penang ke atas Selangor sebagai ‘karma’ di atas beberapa kesukaran yang dihadapi pasukan itu dalam aksi terdahulu.

Jelas pengendali dari Republik Czech itu, dia melihat tuah yang tidak mengiringi mereka dalam beberapa perlawanan sebelum ini akhirnya ‘muncul’ kelmarin dan membantu anak buahnya mengejutkan ‘The Red Giants’ dengan keputusan 2-0.

Malah, skuad Harimau Kumbang itu juga membuktikan meskipun gagal mendominasi perlawanan namun mereka lebih ‘tajam’ di hadapan gol untuk menghukum tuan rumah pada aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu.

“Kita menjaringkan dua gol daripada tiga peluang. Jadi kadar keberkesenan adalah 75 ke 80 peratus. Pemain menunjukkan semangat dan kerjasama yang sama walaupun saya mengimpikan penguasaan bola yang lebih dalam kawasan lawan.

“Tetapi saya gembira dengan keputusan ini. Tuah seperti malam ini (kelmarin) tidak hadir dalam perlawanan sebelum ini, Mungkin inilah karma dan kita mendapat kemenangan ini atas usaha keras kita.

“Saya tahu pasukan ini dibarisi pemain yang baik dan mampu menyaingi mana mana pasukan. Pemain mengikut taktikal dan aksi malam ini adalah lebih kepada pertahanan yang begitu kemas,” katanya.

Sumber : BH