Bukan Tandingan Selangor FC

SHAH ALAM: ‘DNA’ Jerman Karsten Neitzel nyata lebih berbisa selepas Selangor FC (SFC) menambah derita UiTM FC menerusi kemenangan 2-0 dalam saingan Liga Super di Stadium UiTM Shah Alam, sebentar tadi.

UiTM FC yang turut mendapat sentuhan seorang lagi jurulatih dari Jerman, Frank Bernhardt jelas tiada jawapan untuk mengekang kebangkitan SFC sekali gus menyaksikan mereka terus kemarau kemenangan dalam enam perlawanan musim ini.

Skuad The Red Giants pula pasti lega dengan tiga mata pertama mereka selepas keciciran mata demi mata dalam empat perlawanan sebelum ini yang pasti membantu mereka mendaki tangga liga.

Pada aksi terbabit, SFC mendahului seawal minit ke-13 menerusi rembatan kencang Oliver Buff yang menyudahkan hantaran Norhakim Hassan.

Pelawat terus garang menyumbat gol kedua selepas Norhakim sekali lagi membuat umpanan yang disempurnakan Ifedayo Olusegun pada minit ke-41 untuk keputusan muktamad 2-0.

Sumber : BH