Cavani Faktor Utama kemaraan United

LONDON: Manchester United akan berdepan seteru tetangga Manchester City pada separuh akhir Piala Liga selepas kemenangan 2-0 di Everton.

United menguasai permainan dalam aksi suku akhir di Goodison Park itu, tetapi terpaksa menunggu hingga ke minit 88 untuk memecah kebuntuan menerusi Edinson Cavani.

Bekas penyerang Paris Saint-Germain itu meledak gol keempatnya untuk United sejak berpindah pada Oktober lalu.

Anthony Martial meledak gol kedua United dalam masa kecederaan.

Penyudah Cavani boleh tahan! Dia penyerang berkualiti. Kami tahu apabila kami bertahan dengan baik, kami mempunyai pemain untuk memenangi perlawanan,” kata pengendali United Ole Gunnar Solskjaer.

Kali terakhir United menjulang trofi ialah ketika mereka memenangi Liga Europa pada tahun 2017.

Solskjaer, yang memenangi sembilan trofi major sebagai pemain United, mengendali bekas kelabnya sejak tahun 2018 dan tewas dalam tiga aksi separuh akhir musim lalu.

United diundi bertemu City pada pertemuan separuh akhir dan ini peluang terbaik buat Solskjaer memperbaiki pencapaian sebelumnya. – AFP

Sumber : https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2020/12/768493/cavani-bawa-united-ke-separuh-akhir