Cukup Makan Jer

LONDON: Arsenal dijangka terselamat daripada penyingkiran dan ‘cukup-cukup makan’ untuk kekal dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.

Itu ramalan dilakukan komputer super EPL yang menjangkakan nasib anak buah Mikel Arteta itu akan bertambah buruk sebelum terselamat daripada penyingkiran.

Nasib berbeza bagaimanapun dialami seteru London mereka, Chelsea yang dijangka akan mengisi slot terakhir Liga Juara-Juara.

Manchester City pula diramal menamatkan saingan di tangga kelapan selepas permulaan musim yang kurang memberangsangkan.

Arsenal kini menghuni tangga ke-15 dengan mereka meraih rekod permulaan terburuk dalam kancah divisyen utama sejak musim 1974-75.

Menurut super computer Bettingexpert.com, Arsenal akan dipintas Fulham dan menamatkan saingan di tangga ke-16.

The Blues yang ketika ini menghuni tangga kelima diramal akan menamatkan saingan di tangga keempat, sekali gus mara ke saingan utama Eropah.

Liverpool pula dijangka mengekalkan gelaran EPL dengan Leicester City dan Manchester United masing-masing menamatkan saingan di tangga kedua dan ketiga.

Everton menghuni tangga keempat ketika Krismas, namun akan tergelincir ke tangga kelima, manakala Tottenham yang dicanang sebagai pencabar kejuaraan akan berada di tangga ketujuh. -Agensi

Sumber : https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2020/12/769195/liverpool-juara-arsenal-cukup-cukup-makan

Video Comeback EPL Paling Padu!!

https://www.facebook.com/tvmamak/videos/1923183554665905/