Dapat Talian Hayat

KETIKA berbaki 10 hari lagi untuk Persatuan Bolasepak Melaka (Musa) menyelesaikan tungg4kan gaji musim lalu berjumlah hampir RM800,000 akhir bulan ini namun sebaliknya berlaku apabila dikhabarkan mereka mendapat talian hayat ketiga dengan diberikan tempoh sehingga Ogos depan melangsaikan hutang itu.

Ini bermakna, Musa sekali lagi terselamat daripada dikenakan pemot0ngan enam mata akibat kegagalan membayar hutang berkenaan yang sepatutnya diselesaikan 30 April lalu.

Menurut sumber rapat Musa berkata, persatuan bola sepak negeri itu ketika ini agak ‘berg3lut’ untuk membuat pembayaran hutang terbabit berikutan peralihan pucuk pimpinan.

Beliau berkata, bayaran tungg4kan terbabit sememangnya sudah dibincangkan namun terdapat beberapa masalah lain seterusnya perlu mengambil tempoh kira-kira sebulan lagi bagi membuat pembayaran.

“Perkara terbabit sudah dibincangkan bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk memberi tempoh sebulan lagi kepada Musa bagi menyelesaikan bayaran itu.

“Permohonan itu berikutan ketika ini Musa perlu menyelesaikan beberapa perkara termasuk berkaitan pembayaran gaji pemain selain perbelanjaan pemeriksaan kesihatan sebelum dapat mulakan sesi latihan.

“Oleh itu, perkara terbabit tidak dapat dielakkan dan Musa berusaha menyelesaikan bayaran tungg4kan gaji itu dengan segera,” katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Sebelum itu, ketika Melaka di ambang pemot0ngan enam mata akibat kegagalan membayar tungg4kan gaji 2018 sebelum 30 April lalu, pasukan terbabit akhirnya boleh tersenyum sementara apabila diberikan ‘talian hay4t’ dengan tempoh pembayaran dilanjutkan sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.

Talian hayat yang diberikan menerusi mesyuarat Pelesenan Kelab (FIB) itu jelas sekali memberi kelegaan kepada pasukan berkenaan yang sebelum ini dikenakan pem0tongan tiga mata akib4t kegagalan menjelas hutang 2018.

Pasukan terbabit juga sebelum ini sudah dikenakan huku_man apabila FAM memutuskan pemot0ngan tiga mata ke atas skuad Hang Tuah serta merta.

Keputusan pemot0ngan mata itu diputuskan FIB yang dipengerusikan oleh Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif secara sidang video bersama ahli-ahli jawatankuasa yang lain selepas mendapati Melaka gagal membayar baki ansuran tungg4kan gaji pemain dan pegawai mengikut jadual ditetapkan mereka.

Ia sekali gus menyaksikan kedudukan MU yang berada di tangga ketiga Liga Super dengan enam mata akan berubah susulan keputusan berkenaan.

Sumber : https://www.hmetro[.]com.my/arena/2020/06/591838/melaka-dapat-lagi-talian-hayat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.