Degil nak balik kampung ye?

SEBANYAK 500 kenderaan ditah4n polis semalam kerana mer3ntas negeri dan memberi alasan mahu balik kampung, kata Menteri Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Mereka yang dit4han kerana cuba mer3ntas negeri (di seluruh negara) untuk balik kampung, sudah diarah berpatah balik.

“Jadi mesyuarat (khas menteri-menteri) hari ini memu_tuskan tindakan kompaun boleh dimulakan oleh pihak polis (ke atas pesalah),” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Ismail Sabri berkata, kesal dengan sikap rakyat yang tidak mengendahkan arahan kerajaan yang meny3kat pergerakan r3ntas negeri ketika Per!ntah Kawa4an Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan meminta semua pihak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Katanya, sebanyak 146 sekatan jalan raya (SJR) di sempadan negeri dibuka dan memeriksa 238,500 kenderaan. “Kita lihat trend ini dan minat orang nak balik kampung itu, maknanya masih ramai seolah-olah tidak berminat mematuhi SOP yang disediakan.

“Walaupun kita kata jangan balik kampung, tolong jangan balik kampung untuk r3ntas negeri, masih juga berlaku,” katanya. Beliau berkata, pihak berku4sa tidak akan berlembut dalam hal itu dan akan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang mel4nggar SOP, selepas ini.

Katanya, fasa menggunakan budi bicara dan nasihat serta am4ran yang diamalkan sejak semalam akan ditambah dengan kompaun. “Saya harap tak perlulah (anda) sampai dikompaun, duit bayar kompaun itu boleh guna untuk perkara lain. Yang penting patuh arahan dikeluarkan kerajaan,” katanya.

Sumber: hmetro