Detik Yang Dinantikan Penyokong

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan membuat keputusan terakhir berhubung penjualan The Red Warriors (TRW) selepas mengadakan perbincangan dengan pelabur, Norizam Tukiman di Kuala Lumpur esok.

Setiausaha Agung KAFA, Husin Deraman berkata, kedua-dua pihak telah bertemu di sini hari ini untuk proses taklimat sebelum perbincangan seterusnya esok.

“Keputusan akan dibuat petang esok sebelum diumumkan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebelum ini akhbar melaporkan pelabur itu antara individu yang berminat membeli pasukan itu.

Sementara itu, Norizam ketika ditemui pemberita berkata, kehadiran beliau ke negeri itu untuk melihat sendiri keadaan yang dilalui KAFA ketika ini.

“Kehadiran saya bagi mendapatkan sedikit sebanyak maklumat berkaitan pasukan Kelantan. Harap penyokong doa yang baik-baik untuk kami berjumpa jodoh dengan pasukan Kelantan.

“Saya tidak boleh mengeluarkan kenyataan selanjutnya untuk menjaga kepentingan kedua-dua pihak,” katanya. – Bernama

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/97532/BERITA/Sukan/KAFA-buat-keputusan-terakhir-esok © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf