Disahkan oleh FAM

Status Marcel Kalonda untuk menjadi pemain warisan negara menunjukkan perkembangan positif apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sudah menerima beberapa lagi dokumen berkaitan latar belakang pemain kelahiran Congo itu.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, kepada wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam, hari ini.

Stuart juga menjelaskan dokumen berkenaan membabitkan sijil kelahiran, sijil perkahwinan ibu bapa dan pasport pertahanan berusia 22 tahun itu.

Bagaimanapun, ia tidak termasuk surat daripada Persatuan Bolasepak Republik Congo yang mengesahkan Kalonda belum beraksi bersama negara itu.

“Kami memang telah menerima beberapa dokumen baru daripada Kalonda dan masih dalam proses menyelidik bagi memastikan ia sah atau memerlukan lebih penjelasan. Jadi, kami perlukan beberapa hari lagi,” kata Stuart.

“Terlalu awal untuk saya mengesahkan sebarang perkara. Pasukan teknikal akan membuat semua pemantauan dan pemilihan.”

Sumber : Stadium Astro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.