Dua Pemain Angkat Kaki, Dua Lagi Belum Pasti

Gandingan penyerang Kipre Tchetche, Kpah Sherman serta pertahanan Renan Alves dilaporkan akan kekal di Kedah bagi saingan Liga Malaysia musim 2021.

Ini selepas terdapat beberapa spekulasi bahawa Tchetche dan Sherman mendapat tawaran dari beberapa pasukan.

Namun, Kedah nampaknya berjaya memujuk mereka untuk kekal pada musim depan.

Bagaimanapun dua lagi pemain import iaitu Shakir Hamzah dan Amin Nazari akan meninggalkan Kedah.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Presiden Kedah FA, Sanusi Md Nor yang mendedahkan kontrak Shakir sudah pun berakhir.

Malah, Shakir memberi bayangan bahawa beliau akan menyertai pasukan lain dalam Liga Malaysia pada musim depan.

“Ya, saya akan meninggalkan Kedah, selepas dua musim, saya akan bersama pasukan lain selepas ini,” kata Shakir kepada Astro Arena.

“Saya amat bersyukur dan meninggalkan Kedah sesuatu yang perkara yang menyedihkan dan banyak pengalaman yang diraih sebelum ini.

“Jika ada rezeki, saya akan terus beraksi dalam saingan Liga Malaysia.”

Selain itu, dua pemain tempatan, Zaquan Adha Abd Radzak dan Khairul Helmi Johari dilaporkan masih belum menerima tawaran lanjutan kontrak bagi musim depan.

Sumber : https://football-tribe.com/malaysia/2020/11/16/kedah-tiga-pemain-import-kekal-dua-import-keluar/