Ekoran Dibelasah “Kaw Kaw” Ini Penjelasan Beliau

RIAK wajah sugul pengendali Perak, Mehmet Durakovic melangkah masuk ke bilik sidang media sudah cukup menggambarkan kekecewaan yang tidak boleh disembunyikan apabila anak didiknya tewas teruk 0-7 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, semalam.

Namun pengendali dari Australia itu tampak pasrah dengan kekalahan teruk yang dialami pada musim ini sambil mengakui segalanya bagaikan mimpi ngeri selepas JDT menjaringkan gol pertama pada minit ke-22 apabila barisan pemainnya seolah-olah hilang tempo permainan.

“Kami bermain dengan baik pada 20 minit perlawanan di babak pertama, malah turut memiliki beberapa peluang untuk menjaringkan gol dan selang 14 minit kemudian JDT menambah gol lagi berpunca daripada kesilapan pemain saya disusuli dua gol pada hujung babak pertama.

“Senario itu berulang pada babak kedua apabila kami dihukum lagi. Saya akui Nasrullah (Abdul Aziz) yang diturunkan menjaga gawang gol pada perlawanan itu tampak tidak bersedia malah dia juga begitu gugup, saya sangat simpati kepadanya.

“Sebagai jurulatih, saya perlu beri galakkan kepadanya untuk pulihkan keyakinan bagi mengharungi perlawanan yang akan datang. Apa yang berlaku kepada Nasrullah sebagai pengajaran yang berguna untuk dia belajar sebagai pemain bola sepak,” katanya.

Durakovic juga menegaskan ketiadaan empat pemain iaitu Careca, J Partiban, Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri yang mengalami keced3raan dan Kenny Pallraj yang digantung perlawanan menjejaskan perancangan taktikal untuk berdepan skuad Harimau Selatan.

Katanya, untuk menggantikan empat pemain utama yang memiliki kualiti yang sama amat sukar dan Perak tidak memilki barisan pemain yang besar malah langkah memberi peluang kepada pemain muda beraksi adalah terbaik namun pada aksi itu JDT beraksi `luar biasa’ dan pasukan itu layak untuk menang.

“Kami tidak terlalu menghormati JDT dalam perlawanan itu, kami hanya anggap mereka pasukan yang baik dan tidak dinafikan mereka adalah pasukan serba lengkap di Malaysia tapi apa yang berlaku kami buat banyak kesilapan dalam aksi itu terutama di posisi pertahanan dan penjaga gol muda.

“Saya akan berbincang dengan pemain dan mendapat maklum balas daripada mereka dan paling utama pemain harus mendapat proses pemulihan secukupnya untuk membuat persiapan bagi aksi seterusnya dan ia penting kerana kami enggan tewas lagi,” kata Durakovic.

Sumber : https://www.hmetro.com.my/arena/2020/09/617373/durakovic-pasrah-tewas-teruk