Enggan Terper4ngkap

SKUAD Harimau Malaya enggan terper4ngkap dengan situasi membelenggu Liga Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang dilaporkan dibatalkan musim ini.

Berdasarkan keputusan Persatuan Bolasepak UAE (UAE FA) terbabit, sudah tentu ia memberi kesan kepada persiapan skuad kebangsaan negara itu menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Malaysia di Dubai pada 8 Oktober depan.

Berbeza senario skuad Harimau Malaya, pemain negara dijangka meraih kelebihan apabila saingan Liga Malaysia (Liga M) dijangka bersambung semula September ini dengan anak buah Tan Cheng Hoe bakal tampil lebih cergas berbanding skuad The Whites.

Bagaimanapun, Cheng Hoe memiliki alasan tersendiri dengan menegaskan UAE tetap hadir dengan sepenuh kekuatan meskipun liga di negara itu dibatalkan.

Katanya, antara opsyen yang mungkin diambil UAE adalah mengumpulkan pemain mereka untuk latihan pusat bagi tempoh panjang sekali gus memberi banyak masa buat jurulatih merangka strategi terbaik sebelum berdepan Harimau Malaya.

“Walaupun liga (Liga UAE) tak dapat dijalankan, saya rasa UAE FA akan kumpulkan pemain untuk latihan dan kalau mereka ada jurulatih baharu, itu kelebihan untuk dia.

“Jurulatih itu ada banyak masa untuk berlatih serta mengenali pasukan lebih mendalam. Sudah tentu pemain juga faham dengan falsafah permainan jurulatih.

“Kita tak boleh kata ada kelebihan (disebabkan Liga M berjalan, manakala Liga UAE batal). Apa yang penting kita bersedia,” katanya, semalam.

Malaysia yang ketika ini berada di tangga kedua Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia berpeluang cerah melangkah ke pusingan ketiga sekiranya berjaya meraih mata apabila menentang UAE, Vietnam (13 Oktober) dan Thailand (17 November).

Berdasarkan perkiraan matematik, skuad negara hanya memerlukan sekurang-kurangnya enam mata daripada tiga aksi terbabit.

Ketika ini, Vietnam muncul sebagai pendahulu kumpulan dengan 11 mata, diikuti Malaysia (sembilan mata), Thailand (lapan mata), UAE (enam mata) dan Indonesia (tanpa sebarang mata).

Sumber : https://www.hmetro[.]com.my/arena/2020/06/594301/enggan-terjerat