FAM Nyaris Kena Kencing

KUALA LUMPUR: Hasrat Marcel Kalonda menyarung jersi Harim@u Malaya ‘lebvr’ selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan satu dokumen penting yang dikemukakan pemain dari Congo itu didapati tidak sahih.

Setiausaha Agungnya, Stuart Ramalingam menjelaskan pihaknya berhubung dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) selepas pemain berkenaan menghantar dokumen yang diperlukan FAM bagi tujuan pengesahan dan penelitian kesahihannya.

Katanya, FAM turut menghantar surat kepada Persekutuan Bolasepak Congo (FECOFOOT) dan wakil konsulat Congo di Malaysia serta berhubung dengan JPN bagi semakan dan pengesahan dokumen berkaitan.

Susulan itu, semalam (Isnin), FAM sudah menerima surat maklum balas daripada JPN memaklumkan bahawa selepas semakan dan sias@tan dibuat, satu daripada dokumen berkenaan didapati mengandungi maklumat yang tidak sahih.

“Selepas menghubungi Kalonda untuk memaklumkan hasil semakan dan sias@tan JPN itu, FAM dengan ini membuat keputusan untuk menutup terus proses dan langkah berikutnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam masa sama, Stuart meneg@skan badan induk itu cukup teg@s dalam proses pengesahan status dan tidak memandang ringan syarat dan kaedah yang perlu dipatuhi sebelum pakar teknikal melakukan penilaian terhadap tahap dan prestasi pemain berkenaan.

Adalah menjadi tanggungjawab FAM selepas mendapat sesuatu maklumat untuk mengambil langkah susulan dengan melakukan sias@tan, penelitian dan pengesahan sebelum membuat apa-apa kenyataan rasmi.

Atas sebab itulah FAM tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung Kalonda sebelum ini. FAM memberi am@ran kepada mana-mana individu supaya tidak sewenang-wenangnya melakukan kesalahan seperti memalsvkan dokumen kewargan3garaan Malaysia dan kedaul@tan negara.

“FAM ingin menasihatkan semua pihak terutama net!zen dan peminat bola sepak negara supaya tidak terlalu ghair@h atau cepat tervja apabila mendengar berita mengenai seseorang pemain itu mempunyai dar@h campuran Malaysia kerana ia perlu melalui proses pengesahan dokumentasi terlebih dahulu sebelum pemain itu boleh dipertimbangkan untuk menyarung jersi Harim@u Malaya,” katanya.

Terdahulu, pemain yang kini beraksi bersama ZESCO United dalam Liga Zambia itu dilihat boleh beraksi sebagai pemain warisan susulan dikatakan mempunyai hubungan dengan negara ini kerana datuknya berasal dari Sabah.