Gandingan 3M United Tunjuk Taring Lebih Tajam Dari Trio Liverpool

Mason Greenwood menjaringkan dua gol buat kali pertama dalam saingan Premier League untuk membantu Manchester United bangkit menewaskan Bournmouth 5-2.

Kemenangan pada malam tadi buat United juga bermakna Bournemouth perlu risau akan kedudukan mereka di Premier League pada musim ini.

United kekal di landasan kemenangan
Pemain berusia 18 tahun itu cemerlang memadam gol pendahuluan Junior Stanislas yang memberikan pendahulan kepada Bournemouth seawal minit ke-15 perlawanan.

Pemain produk akademi Man United itu kemudian menjaringkan gol keempat pada babak kedua selepas berjaya menewaskan Diego Rico di penjuru kotak penalti, sebelum rembatan yang menuju ke penjuru gawang.

Sebelum itu Marcus Rashford menjadikan kedudukan 2-1 hasil dari sepakan penalti, dan Anthony Martial melebarkan kedudukan kepada 3-1 melalui sepakan dari luar kotak penalti yang melencong masuk sebelum tamat babak petama perlawanan.

Joshua King berjaya merapatkan jurang melalu sepakan penalti selepas rehat, namun skuad kendalian Eddie Howe nyata tidak dapat menahan asakan United.

Bruno Fernandes melengkapkan derita The Cherries di Old Trafford dengan gol kelima United dalam perlawanan ini, melalui sepakan percuma cantik.

Trio 3M United semakin padu
Trio 3M United (Marcus-Martial-Mason) berjaya membuktikan kepada Ole Gunnar Solskjaer bahawa gandingan ini perlu dikekalkan sebagai gandingan utama serangan United pada musim hadapan.

Ini adalah kali pertama United berjaya menjarngkan lima gol dalam perlawanan Premier Leagye sejak perlawanan pertama kendalian Ole Gunnar Solksjaer pada Disember 2018. United menewaskan Cardoff 5-1 pada ketika itu.

Kemenangan pada malam tadi juga bererti United tidak tewas dalam 16 perlawanan berturut-turut. Kali terakhir skuad United tewas adalah pada 22 Januari kepada Burnley.

Martial dan Rashford – kedua-duanya menghasilkan 20 gol pada musim ini. Manakala pemain remaja Mason Greenwood telah menjaringka 15 gol.

Jumlah tersebut bermakna trio serangan United kini telah menjaringkan empat gol lebih banyak daripada yang dihasilkan oleh Mohamed Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino sepanjang musim 2019/20 setakat ini.

Sumber : https://grandstandkita.net/lihat-gandingan-3m-united-tunjuk-taring-lebih-tajam-dari-trio-liverpool/