Harapan Azmeer kepada Kedah FA

Kelmarin, bekas pemain pertahanan Kuala Lumpur, Azmeer Yusof telah meng3jutkan peminat bola sepak tempatan apabila mengumumkan telah keluar daripada pasukan Kedah.

Bagaimanapun, beliau menegaskan pengundurannya itu tiada kaitan dengan masalah tungg4kan gaji yang melibatkan skuad Helang Merah sebaliknya ingin menumpukan perhatian kepada bidang perniagaan yang diceburi.

Pemain yang berusia 30 tahun itu turut menafikan telah bersara daripada sukan bola sepak sebaliknya hanya menamatkan kontrak dengan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) untuk musim ini.

“Apa yang saya maksudkan dengan berundur itu adalah saya tidak menyambung kontrak yang sepatutnya tamat pada 30 November ini. Saya menghantar surat kepada pihak pengurusan KFA pada 29 Mei lalu bagi memaklumkan perkara tersebut.

“Pihak pengurusan KFA terima dengan baik. Buat masa ini, saya mahu menumpukan perhatian kepada perniagaan yang saya ceburi termasuk membina sebuah Pusat Pengajian Islam di Alor Setar.

“Disebabkan itu saya perlu berjumpa dengan ramai orang khususnya mereka yang lebih arif dalam soal ini. Jadi saya buat keputusan untuk off (berehat) sekejap daripada bola sepak supaya saya boleh selesaikan urusan pembinaan Pusat Pengajian Islam itu,” katanya dalam Sinar Harian.

Azmeer turut berharap pihak pengurusan KFA melangsaikan tungg4kan gaji semua pemain walaupun berdepan masalah kewangan akibat penul4ran wab4k pand3mik COVID-19.

Malah, beliau juga meminta bayaran yang lebih rendah untuk menolong menambahkan kantung kewangan KFA.

“Diharapkan KFA dapat memenuhi janji membuat pembayaran sehingga gaji bulan Mei. Tetapi saya bukannya menuntut sepenuhnya, sebab saya faham KFA tengah susah.

“Tetapi tuntutan saya itu berbeza sikit kerana saya minta lebih rendah. Mungkin inilah caranya saya dapat tolong KFA. Saya harap KFA juga dapat beri kerjasama menjelaskan pembayaran sehingga Mei,” jelasnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Ikuti kami di Channel Telegram Informasi Terkini klik: https://t.me/informasikini