Harimau Malaya berdepan cabaran besar

KUALA LUMPUR: Harimau Malaya terus berd3pan cab4ran besar di Piala AFF 2020 selepas Akhyar Rashid dan Quentin Cheng pula didapati positif c0v-id-19.

Keadaan itu meny4ksikan empat anak buah Tan Cheng Hoe dijangkiti wab4k berken4an selepas penjaga gol, Khairulazhan Khalid dan pemain sayap, Faisal Halim yang sudah terlepas dua 4ksi awal Kumpulan B berd3pan Kemboja dan Laos.

Cheng Hoe menges4hkan Akhyar didapati positif selepas ujian, hari ini, sekali gus menjawab persoalan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu tiada dalam skuad ketika Harimau Malaya menundukan Laos 4-0, petang tadi.

“Akhyar bermain dengan bagus dan dia pemain terbaik perlaw4nan menent4ng Kemboja. Kita berharap dia cepat pulih dan boleh kembali mmenyertai pasukan,” kata Cheng Hoe.

Sementara itu, pengurus pasukan, Datuk Mohd Yusoff Mahadi ketika dihubungi BH Sukan menjelaskan Akhyar dan Quentin akan menjalani proses pengasingan selama 10 hari.

“Walaupun akan menjalani kuaran-tin 10 hari, tapi mereka akan mel4kukan ujian c0v-id-19 setiap hari dan sekiranya neg4tif, kita boleh memohon untuk mereka kembali berada dalam pasukan,” katanya.

Sumber : bharian