Hero Harimau Malaya yang berjaya “Koyakkan” jaring Liverpool

SUPER SAFEE 10

‘KISAH SEORANG LAGENDA HARIMAU MALAYA’

181 gol bersama pasukan kelab, 23 gol bersama Harimau Malaya. Jumlah gol Safee Sali cec4h angka 204 gol.

__

Nama Safee Sali pastinya semua orang ingat. Safee masih aktif bermain lagi dan dia bermain di Liga tertinggi (top-flight league) lagi walaupun dah hampir 19 tahun dalam Liga Malaysia ni. Rasanya beberapa nama seangkatan beliau kalau bermain pun dah main Liga Perdana atau Liga FAM.

Dari 2001 sehinggalah 2020 ni, banyak juga memori Safee berikan kepada peminat khususnya peminat Malaysia lah. Dia lebih sinonim bersama pasukan kebangsaan.

Sekali lagi episod kali ni kita mengimbas nostalgia yang pernah Safee Sali lalui dalam mendaki puncak sehingga bergelar ‘Lagenda Harimau Malaya’.

__
Permulaan Karier,
TM FC (2001-2002)

Safee Sali ni contoh terbaik jika perjalanan karier beliau diambil kira. Safee bermula dari titik bawah, mewakili TMFC, Safee masih ‘teenager’. Di kelab tersebut, Safee banyak belajar daripada Issac Kuffour, penjaring hebat TMFC dahulu dan rakan sparring seperti Azlan Ismail.

Di kelab itu, Safee berjaya membuat 12 penampilan. Menjaringkan 5 gol pada usia 19 tahun. Ia permulaan kepada pengembaraan seorang bernama Safee Sali.

.

Kuala Lumpur FA (2003-2005)
Safee masih di Liga kelas ke-2. Kali ini bersama Kuala Lumpur. KL ketika ini bukanlah pasukan powerhouse dan ini memberi peluang lebih baik kepada Safee untuk bangunkan karier beliau. Orang cakap lebih ‘berpeluang’ untuk main berbanding pasukan besar waktu itu.

Musim pertama di KL, Safee sudah meledak 11 gol. Diikuti musim ke-2 sedikit mengec3wakan dengan hanya 2 gol.

Musim ke-3, Safee berjaya membantu KL mara sehingga peringkat separuh akhir Piala FA. Masa ni Safee hampir mengec3wakan Perak dengan meledak 2 gol di Separuh Akhir ke-2, nasib Perak bawa bekalan 2 gol waktu itu menjadikan aggregate Perak 3-KL 2.

Safee menjaringkan 11 gol untuk musim 2005.

Safee menamatkan karier di KL dengan rekod 24 gol dan baru berusia lingkungan 22 atau 23 tahun waktu itu.

.

Sarawak FA (2006)
Waktu ini Safee berimej berambut panjang. Safee mula mempamerkan tar!ng beliau selaku peng3mpur berbisa tempatan.

Safee menjaringkan 10 gol dalam Liga. Dia turut menamatkan musim dengan rekod 18 gol bersama Sarawak. Membantu skuad Bujang Senang ke suku akhir dalam Piala FA dan Piala Malaysia musim tersebut.

Liga – 10 gol
Piala FA – 5 gol
Piala Malaysia – 3 gol

Jumlah – 18 gol

.

PRIME ERA SAFEE

Selangor FA (2007-2010)
Selangor pantas menghidu ketaj4man Safee di Sarawak dan akhirnya mereka berjaya mendapatkan Safee.

Safee kemudian membentuk gandingan ideal bersama beberapa nama besar seperti Akmal Rizal, Indra Putra, Amirulhadi Zainal, Amri Yahya, Fadzli Saari dalam tempoh beliau bersama Red Giant.

Walaupun memulakan kempen dengan hanya 6 gol sahaja, Safee tidak mengambil masa terlalu lama untuk kembali bersinar.

Buktinya bermula musim 2008, Safee mula mendapatkan ‘peak’ terbaik beliau.

2008
Liga Super – 11 gol
Piala FA – 9 gol
Piala Malaysia – 6 gol

Jumlah Keseluruhan – 26 gol
__

2009
Liga Super – 12 gol
Piala FA – 1 gol
Piala Malaysia – 5 gol

Jumlah Keseluruhan – 18 gol
__

2010
Liga Super – 12 gol
Piala FA – 2 gol
Piala Malaysia – 3 gol

Jumlah Keseluruhan – 17 gol

Dalam prime era di Selangor, Safee juga menjulang beberapa koleksi trofi,

2 Piala Liga Super
2 Piala Sumbangsih
1 Piala FA

Safee menamatkan karier 4 tahun di Selangor dengan rekod 68 gol. (termasuk 1 gol musim 2011). Safee juga diposisi ke-4 selaku penjaring terbanyak sepanjang zaman Selangor.

.

TERMAHAL DI ASIA TENGGARA
ISL (2011-2012)

1. Pelita Jaya (2010/2011)
Safee menjadi bualan dipelusuk Asia Tenggara ketika itu selepas membantu Malaysia meraih AFF Suzuki Cup 2010. Menyertai perpindahan ‘high profile’ ke ISL (Indonesia Super League) dengan yuran perpindahan agak tinggi. Sebelum tu tak kurang 3 kelab Indonesia menagih khidmat Safee. Safee juga diberitakan menerima gaji agak lumanyan disana termasuk beberapa pakej sesuai dengan status beliau. Ia ibarat ‘marquee signing’ bagi Liga Indonesia.

Safee menjadi pemain Malaysia pertama dalam sejarah beraksi di ISL. Musim pertama, Safee hanya beraksi 13 perlawanan tetapi sudah menjaringkan 7 gol. Safee turut menjaringkan dalam aksi debut dihadapan 6000 penonton.

2. Pelita Jaya (2011/2012)
Impak Safee pada musim ke-2 lagi dahsyat. Safee menjaringkan 20 gol dari jumlah 68 gol kelab Pelita Jaya.

Safee turut dilantik sebagai kapten pasukan kelab diatas reputasi beliau yang menjadi daya tarikan. Memang masa ni marketing Pelita Jaya menggunakan Safee antara tarikan utama ISL.

Safee meninggalkan karier ISL selepas isu bergol4k melanda Liga disana. Dia menamatkan karier di ISL dengan rekod 27 gol.

.

Sertai Revolusi JDT
JDT (2013-2016)

Selepas ISL dipalit isu kontroversi, Safee dipinjamkan ke kelab JDT, kelab yang ketika itu melakukan transformasi besar-besaran dibawah naungan TMJ.

Selepas merekrut pemain-pemain terbaik tempatan, Safee turut sertai Harimau Selatan secara kontrak pinjaman. Safee digandingkan bersama Matyo serta Daniel Guiza di JDT pada musim pertama. Walaupun memiliki reputasi besar, Safee gagal mengulangi kehebatan seperti mana bersama Selangor dahulu.

Ini rekod jaringan Safee bersama JDT selama 4 musim.

2013 – 6 gol
2014 – 3 gol
2015 – 8 gol
2016 – 6 gol

Jumlah – 23 gol

Safee menikmati karier di JDT lebih kepada kejayaan berpasukan. Beliau memenangi 7 trofi bersama JDT termasuk AFC Cup pada 2015.

.

PKNS FC (2017)
Disebalik desas-desus ‘rumours’ Safee bakal kembali ke Selangor, Safee akhirnya memilih bersama kelab PKNS FC.

Safee berjaya menyumbang 12 gol untuk kelab PKNS dalam tempoh 2 musim.

2017 – 4 gol
2018 – 8 gol

.

Perlis Northern Lions (2019)
Ini antara detik hitam dalam karier Safee. Perlis FA dijenamakan sebagai Perlis Northern Lions pada 2019. Mal4ngnya pasukan Perlis dipalit kontr0versi hebat dan dig4ntung daripada menyertai Liga Malaysia.

Sebelum tu, sempat juga Perlis Northern Lions ni main 3 perlawanan Liga Premier 2019. Safee bermain 3 perlawanan tersebut dan menjaringkan 1 gol sebagai tanda kenangan kepada penyokong Perlis.

.

PJ City (2019-2020)
Safee menyertai PJ City pada jendela perpindahan ke-2 Liga Malaysia untuk musim 2019. Dia juga kembali bersatu kembali bersama K. Devan, pengendali Selangor masa Safee menikmati prime era dahulu.

Musim 2019, Safee menamatkan kempen dengan 4 gol bersama PJ City.

___

204 Gol Sepanjang Karier
181 Gol Negeri/Kelab
23 Gol Untuk Malaysia (rasmi)

Safee Sali melalui pelbagai liku dalam karier panjang beliau. Bukan senang nak bertahan selepas bertapak hampir 2 dekad, 19 tahun tapi Safee masih bermain, beraksi. Dia juga beraksi di kelas tertinggi iaitu Liga Super.

Safee ada koleksi 56 gol dalam Liga Super, ia catatan 10 pemain terbaik di Liga Super dan mungkin 5 pemain tempatan terbaik sejak Liga Super 2004 diperkenalkan. Safee sebenarnya lebih menyerlah bersama Malaysia.

Mewakili Malaysia sejak tahun 2006, Safee merasai era kebangkitan skuad negera diperingkat Asia Tenggara.

Safee ada medal emas dengan Malaysia, menang kasut emas di AFF Suzuki dan memegang status rekod penjaring terbanyak di AFF bersama Malaysia dengan 9 gol. Sebab itu namanya lebih sinonim bersama Malaysia.

Safee mungkin bukan lagenda diperingkat kelab/negeri tapi dia seorang lagenda untuk Harimau Malaya.

Jangan anda lupa, Safee pernah ‘koyak’ gawang Liverpool dengan 2 gol pada 2011 tau.

204 gol sepanjang karier satu rekod besar. Rasanya mungkin hanya Safee dan Indra yang memiliki rekod 200 gol keatas ini.

Sumber : Don K-Rol Izham

https://www.youtube.com/watch?v=-i51GOVl64A