Ini Pendedahan ZamSaham

Pemilik TRW Kelantan FC, Norizam Tukiman atau yang lebih dikenali sebagai ZamSaham mendedahkan beliau mengeluarkan dana lebih setengah juta bagi menyelesaikan tunggakan gaji bekas pemain pasukan, Cassio de Jesus.

Menurut laporan Astro Arena, Norizam membelanjakan RM612,632.50 bagi menyelesaikan tunggakan gaji Cassio yang beraksi bersama pasukan pada 2018 hingga 2019

“Kesukaran saya sejak mengambil alih kelab ini sejak 3 September lalu akhirnya berakhir selepas saya menyelesaikan isu gaji tertunggak.

“Saya mahu berterima kasih kepada peguam Cassio de Jesus, Zhafri Aminurashid, yang menghulurkan bantuan besar dalam hal ini dan membenarkan kami menjelaskan bayaran kepada pemain Brazil itu,” katanya.

Hasil daripada penyelesaian tunggakan gaji Cassio, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) telah menarik semula hukuman larangan untuk menandatangani pemain import yang dikenakan terhadap Kelantan sebelum ini sekaligus membenarkan pasukan itu mendapatkan khidmat pemain luar negara musim hadapan.

Bagi saingan musim 2021, juara Liga Super musim 2012 itu bakal berwajah baharu apabila bakal menggunakan kebanyakan khidmat pemain muda bagi membawa cabaran pasukan.

Kelantan dijangka menggunakan 90% khidmat pemain-pemain dari skuad Piala Belia dan Piala Presiden bagi aksi Liga Perdana 2021.

Sumber : https://www.vocketfc.com/zamsaham-belanja-lebih-rm600-ribu-selesaikan-tunggakan-gaji-bekas-pemain/