Ini Punca Pemain JDT “Koyak” Semalam

Ejek mengejek dan kata mengata dipercayai adalah faktor menyebabkan berlaku keteg4ngan antara seorang pemain Perak dengan seorang pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas perlawanan di Stadium Perak malam tadi.

Dipercayai berlaku pertik4man lidah antara pemain kedua-dua pasukan sehingga menyebabkan keadaan sedikit k3coh selepas perlawanan tamat.

Dalam ins!den di hadapan tempat duduk utama stadium antara kerusi pemain simpanan kedua-dua pasukan itu, suasana tiba-tiba menjadi teg4ng selepas pemain kedua-dua pasukan bersalaman.

Ketika pemain berpusu-pusu hendak keluar ke bilik persalinan tiba-tiba kelihatan seorang pemain JDT cuba ditenteramkan dan dih4lang daripada meny3rang seorang pemain Perak oleh rakan sepasukan.

Kek3cohan selama beberapa minit itu bagaimanapun berjaya ditenteramkan tanpa berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

Dalam perlawanan semalam Perak dan JDT terikat 2-2 di akhir permainan. Tuan rumah mendahului 2-0 melalui dua jaringan Guilherme De Paula.

Pelawat bagaimanapun berjaya memadam kelebihan tuan rumah lewat separuh kedua melalui Akhyar Rashid dan penalti Leandro Sebastian Velasquez.

Sumber : UTUSAN