Ini Strategi Buriram United Sehingga Jersi Pasukan Laku Keras

Buriram United memang cukup terkenal dengan jualan merchandise terutamanya jersi kelab mereka yang mampu meraih jualan yang sangat banyak berbanding kelab-kelab lain dirantau Asia Tenggara khususnya.

Ketika aktiviti bola sepak terhenti beberapa bulan, mereka bukan sahaja mengambil inisiatif membantu menghasilkan barangan keperluan untuk frontliners seperti pembuatan PPE, pelindung muka dan sebagainya tetapi mereka juga berjaya menggunakan ‘resources’ sedia ada untuk menjual barangan rasmi kepada peminat.

Mengikut kemaskini yang dibuat oleh akaun Twitter All Thai Football, Buriram United telah menggunakan pemain-pemain mereka untuk mempromosikan jualan jersi kelab melalui laman sosial pemain-pemain sendiri.

Dengan pembelian menggunakan platform ini, Buriram United membuka tawaran yang jarang untuk dilepaskan oleh para penyokong dimana setiap pembelian jersi akan disertakan dengan nameset pemain serta dibenarkan untuk request pemain menandatangani autograf pada jersi tersebut.

Melalui teknik sebegini, Buriram United mensasarkan untuk menjual sekitar 20,000 hingga 30,000 helai jersi sepanjang ‘cuti’ yang disebabkan oleh penul4ran wab4k COV-19.

สั่งเข้ามาได้ตลอดนะครับ รับออเดอร์ตลอดครับ 😁💜🖋🙏🏾 #BuriramUnited #SH2

Posted by Sasalak Haiprakhon on Sunday, 14 June 2020

Bukti jelas dari teknik pemasaran sebegini ditunjukkan oleh pemain Buriram United ini – Sasalak Haiprakhon yang ‘menayangkan’ resit jualan sebanyak 2,200 helai jersi yang dibeli oleh peminat melalui laman sosial beliau.

Sehelai jersi dijual dengan harga THB690 atau RM95, ini bermakna Sasalak berjaya membawa masuk sebanyak RM209,000 kepada Buriram United. Untuk pengetahuan juga, Buriram United tidak mem0tong gaji para pemain mereka sepanjang tempoh penangguhan liga dan mereka menggunakan cara ‘halus’ ini untuk mencari pendapatan.

ถ้าแฟนๆขยันสั่งพี่พีก็ขยันเซ็นต์ขยันส่งเช่นกัน..#พี่พีไม่ได้กล่าวพี่เสือกล่างเอง Sasalak Haiprakhon

Posted by ศิริพงษ์ ติคำรัมย์ on Sunday, 14 June 2020

Dengan sasaran kelab untuk menjual sehingga 30,000 helai jersi sepanjang tempoh 6 bulan pen4ngguhan liga sejak bulan Mac 2020 yang lalu, Buriram United dijangka tidak berdepan masalah besar untuk mencapai sas4ran tersebut dan bakal meraih hasil jualan sekitar THB20.7 juta atau RM2.85 juta!

Nampaknya semua pihak di Buriram United berp4du tenaga diantara satu sama lain untuk mencari pendapatan kelab ketika dil4nda kesuk4ran sebegini dan dalam masa yang sama menerima gaji penuh tanpa sebarang pemot0ngan. Power!

Sumber : https://www.vocketfc[.]com/ini-strategi-bagaimana-jersi-buriram-united-laku-keras-sasar-jualan-30000-helai-jersi-bernilai-rm2-85-juta/