Jangan Bertelagah

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan terus mengingatkan masyarakat untuk bersatu memerangi penularan c0v-19 serta mengambil ikhtibar Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang sebelum ini terbukti menyumbang kepada peningkatan kes c0v-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, menerusi ciapan di Twitter nya berkata, petugas barisan hadapan kini berada di lapangan selama 24 jam seminggu sejak 10 bulan lalu.

Berikutan itu beliau tidak mahu peningkatan kes ketika PRN Sabah berulang kembali.

“Kita perlu bersatu padu dan bekerjasama untuk melawan penularan c0v-19, bukannya bertelagah antara satu sama lain. Petugas barisan hadapan sudah berada di lapangan 24/7 sejak 10 bulan lalu, (sudah tentu) terdapat keletihan mental dan fizikal.

“Sebahagian daripada mereka (petugas barisan hadapan) sudah mula berputus asa. Tolong ambil ikhtibar daripada PRN Sabah dan berharap ia tidak akan berulang kembali,” katanya dalam ciapanya, di sini hari ini.

Sementara itu, menerusi hantaran beliau di Facebook, Dr Noor Hisham turut meminta rakyat Malaysia untuk berusaha sekali lagi bagi melandaikan lengkung penularan wabak berkenaan di negara ini.

“Ia adalah cabaran untuk melindungi dan mencapai keseimbangan antara kesihatan dan ekonomi dalam memerangi c0v-19. Hilang keseimbangan bermakna kehilangan nyawa dan mata pencarian.

“Bersama-sama kita mengubah sesuatu yang mustahil kepada kejayaan melandaikan lengkung sekali lagi,” katanya,

Semalam, Malaysia mencatatkan pertambahan 710 kes baharu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 24,514 kes.

Sehingga kini, sebanyak 466 kes yang dilaporkan daripada individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke kawasan berisiko iaitu Sabah serta mewujudkan beberapa kluster baharu di negara ini termasuk Kluster Bah Tropicana di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor serta Kluster Bah Manggis di Selangor dan Negeri Sembilan.

Sumber : https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2020/10/745842/khabib-akhiri-karier-di-puncak