Jangan Mudah Percaya Janji Manis

Presiden Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM), Safee Sali menasihatkan semua pemain muda supaya tidak mudah terpedaya dengan janji manis pihak tertentu dalam membina kerjaya mereka.

Safee berkata dia terpanggil untuk meluahkan perkara itu selepas arena bola sepak negara ketika ini hangat dengan spekulasi perpindahan pemain muda ke kelab luar negara, termasuk penyerang sensasi Luqman Hakim Shamsudin.

Dia yang pernah beraksi bersama kelab Indonesia, Pelita Jaya turut mengingatkan semua pihak tidak menggunakan pemain muda negara untuk kepentingan diri mereka.

“Pemain seharusnya tidak mudah percaya kata-kata manis mana-mana pihak yang menjanjikan bulan dan bintang, seperti mana yang sering diperkatakan oleh penaung PFAM, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Kata-kata baginda mungkin kurang disenangi beberapa pihak tapi inilah hakikatnya. Saya faham jika ada yang mempertikaikan mereka yang tidak mempunyai sebarang pencapaian atau pengalaman.

“Kini kelihatan ada yang mengambil kesempatan ke atas pemain dengan menjanjikan pelbagai perkara termasuk perpindahan ke England dan Jerman.

“Selepas itu keluar pula berita yang mengatakan perkara berkenaan adalah tidak benar. Cukup-cukuplah menggunakan pemain untuk populariti sendiri,” katanya menerusi akaun Facebook miliknya, hari ini.

Media sebelum ini mendakwa Newcastle United menunjukkan minat terhadap Luqman, namun laporan itu dinafikan kelab England terbabit.

Akhbar ini semalam melaporkan pemerhati bola sepak Mohd Sadek Mustafa menganggap Luqman sebagai mangsa mainan media sosial.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.