
LONDON: Penjaga gol Newport County, Tom King meledak jaringan dengan sepakan gol luar biasa ketika pasukannya seri 1-1 dengan Cheltenham Town dalam saingan Liga 2 di Stadium The Jonny-Rocks, Cheltenham, semalam.
Dia melakukan sepakan tinggi yang melantun tepat di luar kawasan penalti Cheltenham dan melambung melepas penjaga gol, Josh Griffiths sebelum menerjah gawang.
Ia gol pertama dalam karier King dan pasukan lawan pada awalnya mempersoalkan jaringan berkenaan, namun pegawai perlawanan mengesahkan ia dibenarkan.
Gol menakjubkan itu membolehkan Newport mendahului perlawanan dengan rakan sepasukannya berlari untuk meraikan jaringan bersama King, yang dilihat terkejut dengan golnya sendiri.
Selepas permainan, King mengakui jaringan itu tidak disengajakan: “Ini gol pertama yang saya jaringkan di peringkat profesional.
“Nasib baik ia berjaya, tetapi malam ini kami mencari tiga mata, bukan hanya satu mata.
“Ia mengejutkan ramai orang, saya tidak tahu bagaimana untuk meraikannya, dan saya meminta maaf kepada penjaga gawang (Josh Griffiths) selepas perlawanan.” – AGENSI
😦😦😦
Newport County goalkeeper Tom King scored directly from his own enormous goal kick this evening to help his side draw with Cheltenham Town!pic.twitter.com/XDdBmMrF0Q
— Sky Sports Football (@SkyFootball) January 19, 2021
Sumber : BH