Jawapannya “Tidak” dan ianya akan tertulis dalam lipatan sejarah

KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mengakui tidak berhasrat untuk kembali menerajui tampuk kepimpinan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) buat masa ini.

Nama beliau kembali menjadi sebutan untuk menjadi Presiden KAFA selepas penyandangnya, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah direhatkan dari kerusi panas itu, Ahad lalu.

Ia susulan kemelut hutang lapuk berjumlah jutaan ringgit yang masih belum dapat diselesaikan oleh persatuan itu ketika ini.

Annuar dianggap ‘wira’ bola sepak Kelantan selepas berjaya menyumbang pelbagai kejayaan ketika memikul tugas Presiden KAFA selama lapan tahun (2008-2016) termasuk menjulang kejuaraan ‘treble’ pada 2012.

Justeru, ramai yang beranggapan bahawa Annuar mampu menjadi ‘penyelamat’ kepada bola sepak Kelantan yang kini dianggap ten4t akib4t masalah hutang dan kekurangan dana.

Namun, ketika ditanya BH Sukan adakah beliau ada hasrat untuk kembali mengemudi KAFA, Annuar hanya menjawab: “Tidak”.

Sebelum ini, Annuar mengakui bahawa sebagai orang Kelantan, beliau sedih dengan nasib KAFA yang berdepan masalah kemerosotan prestasi dan terpalit dengan isu hutang.

Malah beliau berkata, walaupun tidak lagi bersama pasukan berkenaan, beliau tetap membantu persatuan berkenaan secara senyap.

Ketika ini, Naib Presiden KAFA, Datuk Shaari Mat Hussin dilantik sebagai pemangku presiden selepas timbalan presiden, Datuk Seri Afandi Hamzah turut direhatkan bersama Wan Abdul Rahim.

Sumber : https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2020/07/707586/annuar-tiada-hasrat-pimpin-semula-kafa

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Ikuti kami di Channel Telegram Informasi Terkini klik: https://t.me/informasikini