JDT Pandai Buat Duit!

Peny3rang import baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Jonathan Herrera dilaporkan bakal kembali beraksi di Argentina apabila dipinjamkan ke kelab yang beraksi di divisyen pertama, Club Atlético Independiente.

Perkara ini nyata meng3jutkan peminat pasukan itu dimana Herrera merupakan pemain yang menggantikan mesin gol mereka pada musim lalu iaitu Diogo Luis Santo yang kembali beraksi di Thailand bersama BG Pathum United.

Setelah melakukan tinjauan di laman media sosial Instagram pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) memberikan sebab utama mengapa pemain berusia 29 tahun itu dipinjamkan ke Independiente.

Menurut TMJ, kelab membeli Jonathan Herrera dengan harga RM800 Ribu dan kemudiannya mereka mendapat tawaran dari Independiente dimana mereka mahu meminjam pemain tersebut dan mereka akan membeli pemain itu sekiranya menampilkan prestasi cemerlang dengan harga $1.3 Juta atau RM5.2 Juta.

JDT nyata tidak mampu untuk menolak tawaran tersebut kerana kelab lebih memerlukan kewangan yang kukuh di saat dunia sedang dilanda pand3mik C0v>i9. TMJ menambah transaksi tersebut tidak bersifat peribadi melainkan hanya perniagaan semata-mata.

Masih belum jelas pemain mana yang akan menggantikan Herrera bagi memimpin jentera ser4ngan skuad Harimau Selatan dalam saingan Liga Malaysia musim ini. Dengan jendela perpindahan yang dilanjutkan sehingga 5 Mac, JDT dilihat bakal membawa masuk pemain baharu bagi bergandingan dengan Safawi Rasid dan Gonzalo Cabrera.

Sumber : VocketFC