Jelmaan Marlon Menggegar Dengan Jaringan Menakjubkan

Terengganu FC (TFC) meletakkan diri sebagai pencabar kejuaraan Liga Super musim ini selepas menewaskan PJ City 2-0 di Stadium Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.

Kemenangan itu menyaksikan TFC mengumpul tujuh mata untuk naik ke tangga ketiga, tiga mata di belakang juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menghuni kedudukan teratas.

PJ City pula kekal di tangga ke-10 dengan mengumpul empat mata selepas empat perlawanan musim ini.

TFC terpaksa menunggu hingga minit ke-31 untuk berada di depan hasil jaringan pemain import yang dikatakan adalah jelmaan Marlon Alex James iaitu Dominique Da Sylva. Pemain ini mempunyai susuk tubuh seakan-akan bekas penyerang pasukan Kedah itu.

Marlon Alex James adalah tonggak utama kegemilangan pasukan Kedah sehingga berjaya memahat sejarah tersendiri menajdi salah satunya pasukan di Malaysia yang menggondol tiga kejuaraan Liga Malaysia dua tahun berturut-turut.

Penyerang berusia 31 tahun terus menceriakan kem skuad Penyu dengan gol kedua selepas melakukan sepakan lambung menarik pada minit ke-73.

Sumber : https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2020/08/723777/tfc-hambat-jdt