Jika Berlarutan Bakal Bawa Pad4h

Pengendali Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Aidil Sharin Sahak mahu para pemainnya sentiasa belajar daripada setiap kesil4pan dilakukan dalam lima perlaw4nan persahabatan yang diatur sebelum bermulanya Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Menurut Aidil, beliau melihat masih ada kesil4pan-kesil4pan dilakukan pemain yang boleh membawa pad4h kepada KDA FC sewaktu mereka bertemu Selangor II semalam.

“Kami bermain dengan baik dalam separuh masa pertama namun ada beberapa kesil4pan di bahagian pertahanan yang perlu diperbetulkan selepas ini.

“Di separuh masa kedua kita melakukan beberapa pertukaran pemain dan sekali lagi, kesil4pan berlaku.

“Saya harap pemain-pemain ini akan belajar daripada apa yang berlaku sebelum kita memulakan sa!ngan dengan menent4ng JDT pada 5 Mac depan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Dalam perlaw4nan yang berlangsung di Pusat Latihan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) semalam, Kedah berjaya mencatat kemenangan 3-2.

Mengulas lanjut, Aidil berkata, secara keseluruhannya beliau berpuas hati dengan perkembangan ditunjukkan pemain yang rata-ratanya dilihat memahami rentak dimahukannya dalam permainan.

“Paling penting pemain faham objektif dimahukan seperti kecergasan dan kombinasi permainan.

“Seperti saya katakan sebelum ini, keputusan tidak penting namun kemenangan sebegini sedikit sebanyak menambah moral dalam persiapan dilakukan,” katanya.

Sementara itu, pertahanan baharu KDA FC, Rodney Calvin berkata, dia secara peribadi belum berpu4s h4ti dengan prestasi dirinya sendiri biar pun berpeluang bermain selama 90 minit, semalam.

“Masih banyak perlu diperbaiki dan saya yakin jurulatih juga tahu apa yang perlu saya dan rakan sepasukan harus lakukan selepas ini.

“Diharap kami dapat terus memperbaiki keadaan dalam perlaw4nan-perlaw4nan mendatang.

“Pada masa ini, kami tidak boleh lagi bersik4p sambil lew4 dan perlu serius dalam mempersiapkan pasukan,” katanya.

Sumber : Utusan