Jurulatih Itu Akan Ganti Yusri Che Lah

Kuala Lumpur: Kelantan FC menafikan pasukan itu akan membawa bekas pemain Itali, Christian Panucci untuk membimbing pasukan di Liga Perdana musim ini.

Menurut pemilik kelab Norizam Tukiman, spekulasi yang mengaitkan Panucci dengan skuad The Red Warriors adalah tidak benar.

“Itu semua hanya khabar angin dan bukan Panucci,” katanya sekaligus menamatkan spekulasi itu.

Namun beliau mengakui jurulatih yang akan menggantikan posisi Yusri Che Lah itu sememangnya dari Itali tapi bukannya Panucci.

Sebelum ini, heboh di laman sosial mengaitkan nama Panucci selepas Norizam mengumumkan akan membawa kepakaran dari Itali.

Untuk rekod, bekas pemain Real Madrid, Chelsea dan Roma itu sebelum ini melatih pasukan kebangsaan Albania dari 2017-2019 dan kini masih mencari pasukan.

Sumber : HM