KAFA Akhirnya Akui

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Hussin Deraman mengakui tuntutan gaji baharu melibatkan 11 bekas pemain Kelantan tidak termasuk dalam perjanjian dengan pemilik pasukan, Norizam Tukiman.

Ini selepas FAM mengarahkan Kelantan supaya membayar tuntutan gaji berjumlah lebih RM187,00.

Justeru, Hussin berkata KAFA bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tuntutan tersebut.

“Ini di luar senarai RM6.8 juta yang terlibat dalam perjanjian bersama Norizam, ketika beliau membeli saham 100 peratus pasukan Kelantan,” katanya kepada Sinar Harian.

Isu itu bertukar menjadi buruk apabila Bernama melaporkan bahawa Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata Kelantan FC bertanggungjawab terhadap tuntutan tersebut dan tetap berdepan pemotongan tiga mata walaupun sudah melengkapkan proses penswastaan dan pemisahan dari FA ke FC.

Norizam bertindak membuat beberapa tuduhan terhadap FAM dan MFL, sehingga kedua-dua badan itu dikecam kerana dianggap cuba ‘membuli’ pasukan Kelantan.

Sumber : Football-tribe