KAFA Tempah B4haya

ADAKAH Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa ) akan mengikut jejak Perlis yang dihar4mkan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa)?

Itu persoalan yang timbul susulan keputusan terbaharu Fifa pada 23 April lalu mengarahkan Kafa untuk melunaskan segera tungg4kan gaji bekas pemain importnya, Casio Francisco De Jesus sejumlah AS$145,944.60 atau RM629,620.28 sen dalam tempoh 30 hari.

Sekiranya skuad The Red Warriors gagal, kes berkenaan akan diheret ke Jawatankuasa Tatatertib Fifa yang memungkinkan segala aktiviti bola sepak di negeri Cik Siti Wan Kembang itu dig4ntung seperti mana dilalui Persatuan Bolasepak Perlis (PFA).

Sebelum ini, PFA dig4ntung kerana kegagalan membayar tungg4kan gaji pemain import sekali gus tidak boleh menjalankan operasi termasuk melaksanakan liga di peringkat negeri, bertanding dalam saingan Liga Malaysia dan lain-lain.

Menerusi surat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kepada Kafa bertarikh 28 April itu, faedah lima peratus turut dikenakan dengan jumlah setengah juta itu pastinya memberi tekanan besar buat pasukan Kelantan.

Malah, ketiadaan aksi Liga Malaysia (Liga M) yang dit4ngguhkan kerana wab4k pand3mik Covid-19 turut tidak dapat menjana pendapatan menerusi jualan tiket yang sebelum ini banyak menyumbang kepada kantung pasukan.

Ditambah pula dengan hutang lain termasuk tungg4kan gaji pemain tempatan yang mencecah ribuan ringgit jelas meletakkan Kafa pada kedudukan sangat ten4t dan kemungkinan akan berku_bur penghujung musim ini.

Selain itu, badan induk dunia itu menghar4mkan Kelantan daripada membeli mana-mana pemain sama ada tonggak import atau tempatan untuk selama dua jendela perpindahan secara berturut-turut.

Per!ntah lar4ngan perpindahan berkenaan adalah tindakan kesukanan yang dikenakan Fifa dengan mengambil kira penamatan kontrak secara sebelah pihak dan kesal4han berulang yang dilakukan pihak Kafa.

Sumber : HMetro