“Kalau tak terkesan itu tipu lah”

ALOR SETAR: Penul4ran wab4k koronav!rus COVID-19 yang kini melanda negara dan dunia dilihat satu ris!ko yang boleh memberi kesan kewangan semasa kepada Persatuan Bolasepak Kedah (KFA).

Perkara ini diluahkan Setiausaha Kehormat KFA, Asmirul Anuar Aris yang memantau serius perkembangan semasa dan juga penajaan oleh syarikat yang boleh memberi imp4k secara langsung dari segi kewangan kepada persatuan ketika ini.

“Kedah ada sedikit terk3san, kalau kata tak terkes4n tu tipu lah, ya sedikit terk3san daripada segi kewangan. Sebagai contoh baru-baru ini semasa perlawanan tanpa penyokong di Stadium Darul Aman sewaktu Kedah bertemu Selangor, yang mana kita sasarkan itulah hasil kutipan tiket antara yang paling banyak, mungkin selepas JDT dan Pahang yang mana mereka antara pasukan yang terkuat.

“Berkenaan dengan penaja pula, disebabkan terj3jasnya ekonomi negara dari segi COVID-19, ini akan menjadi payah untuk pihak syarikat penaja nak beri penajaan dan apa yang kita minta setakat ini pun mereka dah terk3san dan kita tahu kalau syarikat besar ni mereka juga mengalami kerugian yang besar berbanding syarikat kecil,” katanya.

Sementara itu, Asmirul menegaskan beliau bersama pihak KFA akan terus menggunakan seberapa banyak saluran yang ada termasuk berbincang dengan kerajaan negeri dan penaja-penaja bagi mencari jalan serta solusi terbaik berkaitan kewangan KFA.

“Kita mungkin kena minta bantuan daripada kerajaan negeri dan dari segi penajaan pula, kita kena tengok macam mana keadaannya dan kita kena bincang balik, kalau mereka tak beri boleh beri banyak mereka beri sedikit.

“Di samping itu saya juga berharap akan ada sumbangan bersama, mungkin saya akan bercakap dengan pihak pengurusan KFA kalau siapa yang dapat gaji tu sumbangkan balik, dan yang mana gaji mahal tu kenalah bantu.” katanya

Sumber : HM