KDA FC sambar seorang pemain kegemaran penyokong

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mengumumkan bekas pemain Terengganu FC (TFC), Dechi Marcel sebagai pemain import kedua pasukan itu bagi menghadapi 4ksi Liga Malaysia (Liga M) dan Piala AFC musim depan.

Kehadiran pemain kelahiran Ivory Coast berusia 30 tahun yang digelar ‘Kante’ itu dijangka dapat menyunt!k jent3ra tengah Hijau Kuning. Pemain itu adalah salah seorang pemain kegemaran penyokong TFC. Beliau berjaya mempamerkan aksi yang begitu meyakinkan sewaktu mewakili pasukan tersebut.

Marcel berjaya mengemudi bahagian tengah TFC dengan kemas dan teratur dan berjaya mengelirukan pasukan lawan dengan kawalan bola yang baik.

Marcel adalah pemain lincah dengan hantaran bola yang baik dan pernah ber4ksi bersama UiTM FC dan TFC II sebelum diserapkan ke skuad TFC musim ini.

Berita kemasukan Marcel dikongsi kelab berken4an sebentar tadi selepas membuat naik klip video pengenalan yang membayangkan penyertaan Marcel bersama Kedah beberapa jam sebelum itu.

“Seterusnya, ‘darah’ baharu kini sudah hadir, selam4t datang ke keluarga Hijau Kuning.

“Dechi Marcel N’Guessan, berjuanglah sejiwa murni, tekun ber4ni sesungguh h4ti,” menurut kenyataan kelab itu.

Terdahulu, skuad Hijau Kuning meng!kat pemain dari Korea Selatan, Jang Suk Won sebagai pemain import pertamanya.

Sumber – BH