Kedah Diminta Berhati-Hati

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) tidak akan mengambil mudah terhadap aspek ketaj4man peny3rang PJ City FC Darren Lok yang mendahului senarai penjaring terbanyak dengan tiga gol pada carta jaringan aksi Liga Super setakat ini.

Pengendali Kedah Aidil Sharin Sahak berkata, pihaknya mahu terus memperkemaskan lagi benteng pertahanan sedia ada dari anc4man jentera ser4ngan PJ City yang tetap dianggap berb!sa dan mampu melakukan k3jutan di Stadium Darul Aman rabu ini.

“Meskipun selesa beraksi di laman sendiri, kami tetap perlu perkemas dan memperkukuhkan lagi keupayaan benteng pertahanan bagi mengelak sebarang kemungkinan gawang diboc0ri PJ City nanti.

“Bagi memastikan misi kemenangan pasukan tercapai di laman sendiri kali ini, kami perlu lebih fokus dan perlu elak kelekaan serta tidak mengambil sikap ambil mudah diatas setiap anc4man berbah4ya peny3rang berkenaan dengan beberapa gandingan pemain tempatan.

“Motivasi kemenangan PJ City keatas Sabah FC sebelum ini sudah pasti akan dibawa ke Darul Aman dan ini cabaran hebat buat kami selaku tuan rumah dalam usaha bagi memastikan kami tidak lagi keciciran mata,” katanya.

Aidil pada masa yang sama turut memaklumkan peluang untuk pemain pertahanan Renan Alves beraksi Rabu ini belum dapat disahkan kerana dia masih dalam tempoh pemulihan akib4t keced3raan yang dialaminya sebelum ini.

“Kita akan menilai tahap kesediaannya melalui latihan yang dijalankan sehari dua ini dan bagi pemain lain dalam barisan pertahanan juga dilihat semakin bermotivasi dengan keserasian yang bertambah baik pada setiap perlawanan yang dilalui.

“Pemain barisan tengah dan ser4ngan juga dilihat bekerja keras pada perlawanan menentang Penang FC jumaat lalu dan saya berharap momentum positif ini diteruskan dengan koordinasi antara mereka juga terus ditingkatkan,” katanya.

Skuad Hijau Kuning yang kini berada pada tangga kelima dengan pungutan empat mata pada carta Liga Super setakat ini merekodkan empat kemenangan ke atas PJ City dalam semua empat perlawanan, melalui tiga kemenangan pada musim 2019 dan satu kemenangan pada musim 2020.

Sumber : HM