Gameplay Kedah Belum Cukup Padu

Kedah dilihat lesu melayan kunjungan Melaka United pada perlawanan Liga Super sebentar tadi yang berlangsung di stadium Cheras, Kuala Lumpur.

Sepanjang perlawanan berlangsung, Melaka United nyata mengawal permainan yang diterajui oleh Safiq Rahim. Kedah hanya berjaya melakukan serangan beberapa kali sahaja berbanding pasukan pelawat.

Kedah ternyata lebih “penat” mempertahankan kelebihan 1 gol. Tiada k!ller pass daripada midfield pasukan Kedah, apa yang dilihat adalah straight ball yang biasa dilakukan.

Jika corak permainan ini diteruskan oleh Kedah, kesimpulan awal yang boleh dijangkakan adalah Kedah akan menerima nasib yang sama seperti awal tahun dimana mereka beraksi di Piala AFC.

Baddrol dan juga Fadzrul perlu lebih agresif dan kreatif dalam merencana lorongan, hantaran kepada bahagian ser4ngan. Seperti yang kita tahu, Kpah dan Kipre sememangnya mempunyai keupayaan yang taj4m di hadapan pintu gol.

Kedah sudah boleh dianggap berada sebelah kaki untuk ke Piala AFC tahun depan selepas menewaskan Melaka 1-0 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan anak buah Aidil Sharin Sahak naik ke tangga kedua Liga Super selepas mengumpul 19 mata, sementara Melaka kekal dengan 11 mata.

Perhitungan merebut gelaran naib juara liga bagaimanapun akan ditentukan dalam aksi terakhir antara Kedah dan Perak di Stadium Perak, Ipoh, Sabtu ini.

Skuad Helang Merah hanya memerlukan keputusan seri untuk muncul naib juara Liga Super dan automatik layak ke Piala AFC musim depan.

Pada aksi sebentar tadi, jaringan tunggal Shakir Hamzah yang menanduk masuk bola sepak penjuru Tchetche Kipre pada minit ke-19 sudah cukup untuk memberikan tiga mata berharga buat Kedah.

Sumber : https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2020/10/738786/kedah-sebelah-kaki-ke-piala-afc