Kedah Menang Tipis

Kedah berjaya menumpaskan pasukan PDRM 2-0 pada perlawanan yang berlangsung di Cheras sebentar tadi. Perlawanan diantara kedua pasukan dilihat seimbang dimana kedua pasukan saling berbalas ser4ngan.

Kedah berjaya mendapatkan gol sulong mereka selepas pemain Faizat Ghazli dijatuhkan dalam kotak penalti. Kipre berjaya menjaringkan gol pertama Kedah tanpa sebarang masalah.

PDRM yang juga rancak merencana ser4angan ke kubu pasukan Kedah sering melakukan rembatan dari luar kotak penalti dan ianya mencemaskan penjaga gawang Kedah.

Gol kedua Kedah terhasil daripada gerakan Sherman yang berjaya melepasi pertahanan PDRM dalam kawasan penalti lantas membuat hantaran kepada Kipre yang tidak dikawal dengan mudah menjaringkan gol kedua Kedah.