Kedah Tiada Dalam Senarai

CEO MFL, Datuk Ab Ghani Hassan mengesahkan sebanyak 10 buah pasukan termasuk 6 pasukan Liga Super dan 4 Liga Premier diberi kebenaran untuk mengadakan sesi latihan tanpa sentuhan fizikal.

Ini terdiri daripada UiTM FC, JDT, Selangor, Terengganu, Perak dan Melaka United serta Negeri Sembilan, JDTII, TFC II dan Selangor II.

“Sehingga kini, perkembangan permohonan daripada pasukan adalah positif dan beberapa pasukan telah mula membuat ujian calitan atau swab test kepada pemain dan pegawai masing-masing,” kata Ghani kepada Sinar Harian.

Bagaimanapun, Ghani mengakui masih ada beberapa pasukan yang masih belum melengkapkan dokumen.

“Setakat ini 13 pasukan telah menghantar dokumen wajib SOP kepada kita bagi tujuan memulakan latihan masing-masing.

“Kelulusan bagi tiga lagi pasukan terpaksa dit4ngguhkan kerana didapati dokumen SOP yang dihantar tidak lengkap.

“Bagaimanapun, ada pasukan yang telah menghantar semula permohonan berkenaan dan ia sedang disemak oleh pihak urusetia SOP MFL.”

Sumber : https://football-tribe[.]com/malaysia/2020/06/21/mfl-10-pasukan-liga-malaysia-dibenarkan-berlatih/

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.